|
HAD LIABILITI
Rayhar Travels Sdn Bhd yang memiliki dan
mengendalikan tapak-tapak web rayhar.com, rayhar.biz,
rayhar.net, rayhar.my dan rayhar.com.my,
tidak
akan bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian,
secara langsung atau tidak langsung, yang dialami oleh
mana-mana pihak akibat daripada penggunaan atau
ketidakupayaan untuk menggunakan laman web ini; akibat
daripada kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman
web ini dan/atau akibat daripada perkara-perkara lain
berkaitan dengan laman web ini.
PAUTAN/HIPERANGKAI
Kami
ada menyediakan pautan kepada laman-laman web lain.
Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh
pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak
mempunyai kawalan ke atas kandungan laman-laman web tersebut.
Justru kami
tidaklah
bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan,
produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman-laman
web tersebut.
SEKATAN ATAU PENAMATAN AKSES
Kami
berhak menyekat atau menamatkan akses ke
mana-mana bahagian
pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis; dan bahawa
kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kerugian akibat daripada sekatan atau penamatan akses tersebut.
PERUBAHAN KEPADA PENAFIAN DAN
TERMA PENGGUNAAN INI
Kami
berhak untuk membuat perubahan,
pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada
semua atau mana-mana bahagian daripada kandungan
Penafian dan Terma Penggunaan ini sama ada secara sementara atau secara
kekal pada
bila-bila masa dengan atau tanpa notis.
UMUM
Terma-terma
dalam Penafian dan Terma Penggunaan ini hendaklah dibaca bersama dengan
Syarat-syarat Standard. Sekiranya ada terma-terma yang tidak
konsisten atau bercanggah dengan Syarat-syarat Standard,
terma-terma ini
hendaklah
diterimapakai.
Sekiranya mana-mana peruntukan terma-terma ini
menyalahi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau
yang akan datang, peruntukan yang menyalahi itu hendaklah diasingkan
dan terma-terma ini akan ditafsirkan seolah-olah
peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan
terma-terma ini bersama-sama peruntukan lain akan
berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan
yang menyalahi undang-undang atau tidak sah itu.
DASAR PRIVASI
Kami boleh menyimpan maklumat peribadi seseorang dan boleh memberi
akses kepada sesetengah maklumat terkumpul dalam
data pendaftaran atau data berkaitan dengan pihak ketiga
dengan syarat maklumat tersebut tidak mengenalpasti
mana-mana orang perseorangan kecuali dibenarkan oleh
orang yang berkenaan atau atas tujuan yang baik atau berlandaskan kepada
kehendak undang-undang dan proses perundangan.
HAK CIPTA
Hak
cipta laman web ini dan kandungannya, termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara,
fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah
kepunyaan kami kecuali dinyatakan
sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini
boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,
disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah,
dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara
bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Rayhar
Travels Sdn Bhd.
PENGGUNAAN
IMEJ DARI "PUBLIC
DOMAIN" (USE OF
IMAGES FROM PUBLIC DOMAIN)
Setakat yang kami ketahui, semua imej di tapak web ini
adalah bebas sepenuhnya daripada sebarang tuntutan
hakmilik, oleh sebab imej-imej berkenaan dipercayai
berada dalam domain awam. Walaupun begitu, jika
mana-mana imej yang terdapat di tapak web ini masih di
bawah hakcipta, kami meminta agar pemilik-pemilik
hakcipta berkenaan dapat menghubungi kami dengan segera
supaya kami dapat mengambil langkah-langkah pembetulan
sewajarnya. Kami telah melakukan segala yang patut
untuk mengelak daripada melanggar sebarang undang-undang
hakcipta apabila mengguna imej-imej di tapak web ini dan
kami dengan ini menafikan sebarang tanggungjawab
bersabit dengan penggunaan imej-imej tersebut.
(To the
best of our knowledge, all the images on this
website are completely free of any ownership claims,
because they are believed to be in the public domain.
Nevertheless, if any of the images appearing on this
site are still under copyright, will the copyright
owners kindly contact us immediately so that we can take
whatever corrective measures as are appropriate. We have
made every reasonable effort to avoid any copyright
infringements resulting from the use of images on this
site and we hereby disclaim responsibility for claims
related to such use.) |